4 hari ke Port Dickson bersama Ibu, Nani dan relatives yang lain.
4 hari kekasih jadi kittie-sitter.
4 hari duduk di tepi laut tapi tak mandi laut sebab takda mood.
4 hari makanan menjadi hiburan bila bosan di PD.
4 hari, 4 hari, 4 hari ri ri ri...
*bergaung*

Begitu bapok sekali muka di awal pagi.

Abah dan Awan yang didengki ramai. Ok bukaaaaan, Abah sila jangan sumpah I menjadi sebiji batu ok.
Abah dan Awan gaya macam ikut sekali. Padahal tak pergi pun.
Ikut kami sampai ke Kuala Kangsar je pun, tau-tahu dah selamat di rumah semula tengah bagi makan kucing.
Sebabnya diorang akan ke Koh Samui, Thailand petang itu jugak. Kira ikut kami sampai ke Kuala Kangsar tu kira bagi panas enjin je lah.
Sekarang dah paham kan kenapa aku kata didengki ramai.



34 year-old aunty I yang dah beranak dua. Dulu pernahlah ada seorang taulan cuba nak mengorat sang Aunty I ini kan, without knowing yang dia sudah berkahwin anak dua.
Jari jangan begitu lancang sekali ingin menaip,
"Hey gurlz, I bukan ape lah kan, tapi I rasa aunty u ni...macam mengancam je beb! Tak pernah nampak pun kat area taman. Bak ah no tepon. I belanja makan Pelita malam ni. Thanx! Lolx~"JANGAN. Jangan berani.





Anak bongsu Mak Tam yang begitu fotogenik sekali. Tapi rambut penuh kutu. Jenuh aku tepis kepala budak ni.
Sampaikan dah bangun pagi nak breakfast pun aku usaha masuk bilik semula cari beanie sebab kena duduk makan sebelah dia di meja makan.
Tapi part paling kesian sekali, bila nak pergi keluar makan. Dia nak join cousin-cousin lain menumpang dalam kereta aku, tapi itulah....adatlah tu kena halau oleh orang lain bila kena kutu. T_T
Kalau aku jadi dia, dah lama aku acu pisau kat sekor-sekor bagi jugak aku naik kereta sekali.

Pihak hotel begitu berbudi dan dedikasi sediakan ampaian tali rafia siap-siap untuk kegunaan pelanggan.
Kami sampai-sampai je terus semua berlari-lari anak berebut peluang nak jemur baju di ampaian tajaan Regency Hotel. GDgdsrsdsrsfadyDTDAGDAFG#^$@$@^%&*^##%^&&%*. Memang tak la weh sampai berlari-lari anak nak berebut jemur baju en. -_-






Ibu showing off her baby bump.
Adik akan keluar dalam Januari atau February. Ibu dah sarat mengandung tapi boleh pakai jeans-jeans dia lagi.
Surprisingly, dulu masa sang Ibu mengandungkan aku, beratnya 54kg.
Ok sekarang dengan kegemukan ini, aku rasa aku mengandung kembar 3.